Monday, December 31, 2018

Al-Imran Ayat 75

3.3.75
Juz:
3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 75:
.

Ringkasan tafsir;

Kemudian Allah menerangkan pekerti segolongan ahli kitab yang khianat kepada agama mereka dengan mengubah takwilan dan membuat tafsiran yang salah pada kitab Allah (Taurat dan Injil).

Ada pun dalam ayat ini menerangkan bahawa ada dua golongan dikalangan ahli kitab yang sebahagian patuh kepada janji dan sebahagian pula engkar pada janji kepada manusia.

Golongan pertama itu ialah kumpulan yang teguh memegang amanat yang dipertaruhkan kepada nya samada banyak atau sedikit, kemudian diminta kembali maka diserahkannya kepada yang empunya amanat tersebut dengan cukup.

Golongan kedua pula, telah mengkhianati amanat yang dipertaruhkan kepadanya walaupun sedikit dan tidak dikembalikan kepada yang punya, kecuali setelah menunggu bertalu-talu depan pintu rumah dan menuntut dimahkamah barulah  mereka kembalikan hak orang lain.

Sebab-sebab mengapa segolongan yang ingkar dari sebahagian ahli kitab itu ialah mereka yang telah mengubah ayat-ayat Allah (Taurat dan Injil) mengikut selera mereka untuk kepentingan kekayaan peribadi mereka dan sangup mentakwil ayat-ayat dan menipu bangsanya dalam mentafsirkan ayat kepada jalan yang salah.  Dan mereka mendakwa dengan tipuan mereka kepada kaum Yahudi dengan menyatakan bahawa tidak berdosa mengambil harta orang lain dari bukan kalangan mereka.

Mereka dari kalangan pendita sebenarnya tahu dan sadar akan dusta mereka ada-adakan itu, pada hal sedikit pun tidak ada tersebut dalam Taurat bahawa mereka dibolehkan mengkhianati orang-orang dari bukan kalangan mereka dan tidak pula tersebut perkara yang memboleh memakan harta orang lain dengan jalan haram.

Mereka itu tahu semuanya dengan sebenarnya, tapi mereka tidak berpandukan kepada kitab Allah dengan sebenar-benarnya, bahkan pengikut-pengikut kaum Yahudi yang tolol itu hanya menjadi pak turut kepada ahli kitab dari kalangan pendita yang ingkar dengan kitab Allah. 

.
[previous][next][home] 

.
RUJUKAN SUMBER,  

Juzuk
3, Surah3  
Terjemahan,
71~80,
[GS]  https://sites.google.com/site/tammpaj/16/1 
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8      






No comments:

Post a Comment